Monday, June 8, 2009

RUMAH BONDA DI KAMPUNG


• Cuti hujung miggu cuti semester ni ku berkesempatan pulang kerumah arwah ibu dikampung dengan satu tujuan iaitu mengemas dan memenuhi tanggungjawab bersama-sama adik-beradik menguruskan barang-barang yang terdapat dalam rumah ibu. Abang Sa dan Abang Mat tidak dapat pulang tetapi mereka telah menyatakan apa yang mereka hasratkan untuk dijadikan kenangan dan selebihnya meminta kami buat apa yang terbaik buat arwah mak...

• Kami sempat juga mengadakan majlis tahlil buat arwah ibu, bapak dan encik (kakak sulong) yang telah kembali. Kini hanya tinggal tiga orang makcik--dua orang adik2 ibu dan seorang makcik isteri arwah pakcik dikampung...mereka semua sudah menjadi warga emas-tempatku menumpang kasih..
Anak-anak perempuan Acik Pah (adik arwah ibu) semua pulang....Mereka turut berasa kehilangan............

• Ku sempat meminta anakanda Syahiran merakamkan beberapa barang milik arwah ibuku...

• Rumah Bonda Di Kampung



• Ruang Dalam Rumah Bondaku..





• Kertas Kerja Ayahanda



• Medal Hari Sukan STSSS Milikku



• Sijil Akademik Ayahandaku..