Thursday, February 4, 2010

TEMA - Sikap

Januari sudah berlalu...pelbagai aktiviti harian telah dilaksanakan satu persatu mengikut keperluan semasa. Disini pula akan dicatatkan pemerhatian peribadiku terhadap tingkahlaku harian murid-murid...lebih kurang seperti kajian kualitatif le..tetapinya tiada isu yang khusus buat masa ni.

Lokasi : Kedai koperasi sekolah
Masa : Lepas 5 minit rehat tingkatan lima
Situasi: 3 pelajar masih membeli barang di kedai koperasi
2 orang pengawas membeli barang di kedai koperasi selepas habis bertugas
waktu rehat
Guru Koperasi : Pelajar...sila balik ke kelas.
Pelajar : Jap le cikgu...(sambil memandang kepada pengawas)
Guru : Pengawas ada keistimewaan..10 minit tambahan waktu rehat.
Pelajar : (Muka macam tidak puas hati)
Guru : Jadi le pengawas (seolah faham apa sedang berlegar dalam kotak
fikiran)
Pelajar : Jadi pengawas tidak boleh merokok cikgu (spontan)
Guru : Apa tidak bolehnya....tiada siapa boleh ambil tindakan merokok
diluar pagar..(menduga pemikiran pelajar itu)
Pelajar : Ehhh mana boleh cikgu..pengawas mana boleh merokok..jatuh imej..
Guru : (emmm--rupanya nilai yang baik masih dikenali dan dijunjung)..Okeyle
masuk kelas cepat..cikgu kamu sedang menunggu tu..