Thursday, December 22, 2011

CATATAN ISTIMEWA BUAT ANAKANDA EHA

Mama nak ikut pergi sekolah ambil result ye....Mama yang berdebar..Eha ni kelihatan tenang sahaja. Ring..ring..ring. Mama..abah tanya bila nak ambil result..awal lagi baru pukul 9.00 pagi..cikgu belum sampai lagi dari PPD. Hujan renyai-renyai kat luar ni..hujan rahmat ni ....Ring..ring..ring kawan eha telefon..mama nak gi tak? Cepat le siap Eha..kita pergi jalan kaki je le tentu susah parkir nanti. Nak kereta je le..hujan masih rintik-rintik ni..payung tak de..Jangan lupa bawa kamera....

Mama..lepas ambil result kita terus balik ye..Mama tu mesti nak bercakap-cakap dengan kawan mama. ..Sepanjang jalan masuk ada pelbagai reaksi...mama....pegang tangan Eha...Berpegangan tangan berjalan sederhana laju menuju ke kawasan ramai pelajar lain berkumpul..Kedengaran sorakan gembira apabila salah seorang pelajar mengambil resultnya..Beberapa pelajar lain dari kelas Eha sedang menunggu di depan meja ustazah....Ehh makcik..Haa awak dapat berapa..8 makcik ..Tahniah2 awak pula dapat apa? 8 ...bagus..bagus kita boleh main bowling lagi ye..Sementara Eha tunggu giliran kawan-kawan yang dah tahu result tu berkongsi pencapaian mereka. Ada juga yang dapat 6A dan 4A..Okay le tu..bagus-bagus teruskan usaha..Jom ambil gambar..

Eha..cepat le ambil..2 pelajar lelaki mencelah mengambil result mereka pula. Mama nak rakam gambar ni..kenapa gambar dalam kamera ni kelihatan blur pula..salah setting atau bateri nak habis?....Tahniah kata ustazah lembut...Eha tenang je..kawan datang ucap tahniah.. ..TAHNIAH Eha..dia relaks je..Ucapkan terima kasih kat Ustazah..salam cium tangan dan ucapkan t kasih. Eha...mamA nak peluk Eha. Mama pun sama juga..tidak pandai nak tunjuk penghargaan hehehe...THANK U VERY MUCH EHA...MEMBERIKAN EXTRA POSITIF AURA UNTUK MELAYARI CABARAN KEHIDUPAN. WE LOVE VERY MUCH AND PRAY THAT U WILL ALWAYS ACHIEVE MORE AND MORE SUCCESS IN YOUR LIFE.


AGAIN..TAHNIAH AND WELL DONE..PMR 2011 9A. EXTRA BONUS FOR ME.

Tuesday, March 29, 2011

KEDAI KOPERASI...

Setelah hampir 3 bulan berlalu tahun 2011 baru kini sempat menjengah di sini..mengapa pula tajuk koperasi pula ni..ini mesti kes pelajar tingkatan 4 bernama ...Nazrin(nametag) di sekolah tadi.
Pelajar berlegar-legar depan barangniaga di dalam kedai koperasi.
Guru perlahan menghampiri barangniaga berdekatan pelajar itu dan terus perlahan-lahan menyusun barangniaga itu. Pelajar itu kelihatan tenang. Guru terlihat lencana pagi di poket bajunya.. Perlahan-lahan guru menghampirinya dan berkata...awak hendak saya katakan secara sopan atau sebaliknya supaya awak beredar dari sini? Mulanya ia enggan beredar tetapi guru terus memberi arahan yang lebih berhemah..pergilah nanti pengetua dan ibubapa awak tidak gembira melihat saya dan awak berada sini pada masa ini...Pelajar tersebut berjalan perlahan-lahan keluar sambil cuba menjawab seolah-olah masih hendak tunggu dikedai koperasi dan akhirnya mereka terus beredar dan menyinggah pula di depan kaunter koperasi pula..Haish budak ini...sempat pula dia dan dua rakannya memperbodohkan guru lain yang kebetulan ada disitu dengan mengatakan mereka adalah pelajar petang..Lantas guru terus menjerit dengan nada yang sederhana sambil merenung tajam dan menunjukkan muka masam (sederhana masam) kepada mereka sambil memberi arahan supaya masuk kelas..Mereka masih enggan untuk pergi..nak masuk kelas nanti kena marah pula dengan guru yang mengajar..'MASUK KELAS', jerit guru. Renungan makin tajam tanpa belas...emosi makin tidak stabil..Otak makin ligat berfikir...tulis je disini mungkin boleh membantu.