Showing posts with label Ibunda. Show all posts
Showing posts with label Ibunda. Show all posts

Monday, June 8, 2009

RUMAH BONDA DI KAMPUNG


• Cuti hujung miggu cuti semester ni ku berkesempatan pulang kerumah arwah ibu dikampung dengan satu tujuan iaitu mengemas dan memenuhi tanggungjawab bersama-sama adik-beradik menguruskan barang-barang yang terdapat dalam rumah ibu. Abang Sa dan Abang Mat tidak dapat pulang tetapi mereka telah menyatakan apa yang mereka hasratkan untuk dijadikan kenangan dan selebihnya meminta kami buat apa yang terbaik buat arwah mak...

• Kami sempat juga mengadakan majlis tahlil buat arwah ibu, bapak dan encik (kakak sulong) yang telah kembali. Kini hanya tinggal tiga orang makcik--dua orang adik2 ibu dan seorang makcik isteri arwah pakcik dikampung...mereka semua sudah menjadi warga emas-tempatku menumpang kasih..
Anak-anak perempuan Acik Pah (adik arwah ibu) semua pulang....Mereka turut berasa kehilangan............

• Ku sempat meminta anakanda Syahiran merakamkan beberapa barang milik arwah ibuku...

• Rumah Bonda Di Kampung



• Ruang Dalam Rumah Bondaku..





• Kertas Kerja Ayahanda



• Medal Hari Sukan STSSS Milikku



• Sijil Akademik Ayahandaku..




Monday, May 11, 2009

HARI IBU...

SYUKUR..DIRIKU ADALAH SEORANG IBU (MAMA) YANG BERTUAH KEPADA 3 ORANG PUTERA DAN SEORANG PUTERI...MOGA ANAKANDA SEMUA DAPAT MENIKMATI KASIH SAYANG DARI SEORANG IBU(MAMA)YANG SEORANG JE NI TAU.... JUGA MAMA BERDOA AGAR MAMA MENDAPAT KASIH SAYANG DARI ANAKANDA SEMUA..SYUKUR ATAS NIKMAT KASIH SAYANG YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT BUAT KITA SEMUA.
TERIMA KASIH ATAS INGATAN DAN UCAPAN SERTA DOA ANAKANDA SEMUA...

Sunday, May 3, 2009

BUAT ARWAH BONDA ANAH BT SITI HAWA TERSAYANG

AL-FATIHAH.

MOGA ROH BONDA DICUCURI RAHMAT DAN TERGOLONG DALAM MEREKA YANG DIKASIHI ALLAH SWT HENDAKNYA. AMIN.


NAMA : HAJJAH ANAH BINTI HAJI YAACOB
TARIKH LAHIR: 31.12.1921 (KAD PENGENALAN)
TARIKH KEMBALI KERAHMATULLAH: 30.4.2009 BERSAMAAN
5 JAMADIL AWAL

Saturday, December 6, 2008

Lagi tentang ibu

Tiba-tiba tengahari semalam ibu tidak boleh duduk dengan betul..badannya senget perlahan-lahan macam nak rebah...kebetulan abang dan kakak ipar ada sama..Beri ibu air glukos dan biarkan ibu habiskan makan roti sebab ibu masih nak terus duduk disitu sambil makan...mungkin ibu ingin bersama Nyah (panggilanku buat abangku)..tetapi kami perlahan-lahan bawa ibu ke katilnya dan minta ibu baring..selepas tu dia berbual-bual dengan Nyah..Malamnya ku suapkan nasi tetapi ibu tidak selera..lantas ku berikan air susu buat alas perut.

Pagi ni ibu masih lemah..ku beri makan Quaker Oat dan air glukos serta ubat (set ubat kencing manis dan darah tinggi). Ku berikan juga vitamin. Ibu juga minta air teh misai kucingnya..Ku tukarkan lampinnya..semalamku pakaikan lampin sebab ku memang agak ibu tidak larat bangun, begitu juga dengan kain batik yang dipakainya..Risau juga melihat keadaan ibu begitu lantas ku sms suamiku yang yang berada dikampung..Risau juga walaupun Nyah sudah berpesan supaya panggil ambulan jika perlu dan telefonnya..Ku dan keluargaku perlu bertanggungjawab untuk uruskan ibu..Ku berdoa agar ibu pulih seperti yang seadanya.....Moga Allah berikan kekuatan mental untuk berfikir ku secara rasional..kalu tidak emosi terganggu,lemah semangat, sedih dan celaru.....Masih terngiang2 ditelinga kata-kata kakak iaprku..Jaga mak ni banyak 'blessing'--disebalik susahnya ada senangnya..dalam maksudnya..

Friday, December 5, 2008

Ibuku

Kali ini giliran ibu bertamu kerumahku pula.Ibu berumur lewat 70-an. Rutin hariannya sangat simple...banyak baring dan tidur..sehingga anak kecil ku bertanya mengapa opah asyik tidur je?..Jawapanku..opah penat..dah berpuluh-puluh tahun opah menjaga dan melayan karenah anak-anak...tanpa mengeluh..dan kini opah hanya dianugerahkan Allah SWT kekuatan seadanya...Seperti biasa ibu tidak banyak cakap..dari air mukanya ibu mohon dimengertikan..Moga Allah beri rahmat bagi memudahkannya meniti usia emasnya ini..

Apabila memandangnya ku hanya dapat membuat refleksi terhadap diri ku sendiri..bagaimana pula bila tiba giliran ku pula ye..

Bertuah sungguh wanita bernama Wook yang berusia 106 seperti dipaparkan dalam di suratkhabar baru-baru ni...Anakku bertanya tentang hal itu...Jawapanku..itu adalah rahmat Allah berikan kepadanya..

Hanya doa dan harapan ku kepada Allah agar kehidupan ini lebih bermakna...