Thursday, December 17, 2009

MUHARRAM 1 1431H

SELAMAT TAHUN BARU 1431H. MOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA.

TAHUN MENGIKUT KALENDAR ISLAM
MUHARRAM
SAFAR
R AWAL
R AKHIR
JAMADIL AWAL
JAMADIL AKHIR
REJAB
SYAABAN
RAMADHAN
SYAWAL
ZULKAEDAH
ZULHIJJAH

Thursday, December 3, 2009

APA BUAT HARI INI?

Hari ini pergi bertugas di sekolah.Pukul 7.20 sudah sampai di sekolah dan PK Hem telah meminta calon-calon peperiksaan SPM dan STPM membaca salawat dan doa....Hari ini peperiksaan STPM kertas pengajian perniagaan 2 (8.00-11.00 = 3 jam) . Bertugas dengan seorang guru baru dari sesi petang. Memberitahu guru baru tersebut tentang tugas yang perlu dilaksanakan (mengaplikasikan teori kepimpinan Blanchard). Guru tersebut melaksanakan tugas itu dengan lancar (edarkan mask, periksa suhu badan pelajar, semak kedatangan, pastikan pelajar beredar pulang dari kawasan sekolah selepas peperiksaan selesai, menulis laporan di buku laporan dll..) dengan rela hatinya..Baguih cikgu ini..(aplikasikan pula kombinasi teori Keperluan Abraham Maslow dan Teori Herzberg)...Cikgu..tahun depan masuk koperasi sebab pengetua hendak ramai guru koperasi. Kami beri tunjuk ajar dan bukannya perlu buat semua perkara....cikgu boleh 'handle' aktiviti pelancongan.....sama dengan tugas cikgu dalam Persatuan Sejarah....Nanti kita buat usahasama aktiviti pelancongan...(aplikasi komunikasi berkesan?)..bla..bla..bla...Dipendekkan cerita cikgu tersebut memberikan namanya dan 2 rakannya yang lain sebagai AJK Koperasi. Cuba anda bayangkan bagaimana kalau anda sendiri yang cuba menyakinkan seseorang dalam situasi begini dan apa reaksinya...makin menarik apabila teori dikaitkan dengan realiti.

Tugas lain yang sempat dibuat..menerima stok buku kerja dari pembekal, mengemaskini buku tunai koperasi, mencetak senarai harga barang koperasi dan mencetak dan menyerahkan ke pejabat LPNT (lewatnya--yele orang pejabat baru bagi hari Selasa ..so Khamis ni barulah hantar sementelah nak g bertugas hari ni).....Tidak sempat buat tugas audit akaun sekolah..esok ajelah.

Banyak lagi tugas yang belum selesai...belum kemaskini akaun anggota koperasi, 'follow up ' pesanan tali leher..menerima stok buku kerja kali ke 2, membeli kalkulator untuk petugas kedai koperasi, bankkan terimaan cek dan lain-lain. Akaun koperasi sudah siap tetapi ada butir2 yang perlu di'touch up'. Banyak juga kerja koperasi ni..setiap hari sepanjang tahun rupanya..

Friday, November 27, 2009

IKLAN RUMAH UNTUK DISEWA

JENIS:
BRAND NEW TERES 2 TINGKAT, 3 BILIK, ENDLOT

LOKASI :
BUKIT PERMATA , TAMAN SRI GOMBAK

KEMUDAHAN:
GIANT BATU CAVES, 2 BUAH SRK, TADIKA (MONTESSARI, SRI AYU, YU YE DLL),
BANK (MAYBANK, CIMB, BSN, HONG LEONG), KLINIK, SURAU, MESJID, PASAR MALAM, STESEN MINYAK (PETRONAS,BHP,SHELL), SMK HILLCREST,
KFC, MC DONALD, PIZZA HUT, SECRET RECIPE, AVON OUTLET, PASAR RAYA TC PERMATA. KAWASAN PERUMAHAN YANG MATANG.

KADAR SEWA:
HARGA PASARAN SEMASA



Saturday, November 21, 2009

PUNCAK KEJAYAAN

Alhamdullilah, syukur akhirnya pengajian sarjanaku telah sampai ke penghujungnya setelah bertungkus lumus menyiapkan tesis dalam semester akhir ini.....Semakin banyak masa dan tenaga ini berdepan dengan cabaran, semakin ku rasakan bertapa bertuah diri ini dapat melayari kehidupan yang penuh makna ini dengan izinMu.

Esok anakanda Haikal akan berkhatan/sunat (masuk jawi - kata orang Perak) di mesjid Negara. Moga segala urusan berkaitan dengannya berjalan lancar. Nikmatnya dapat menghayati aktiviti anak-anak setelah dua tahun terpaksa mengimbanginya dengan kesibukan diri sendiri.....

Tiada rancangan yang khusus lagi..hanya ingin menyesuaikan diri dengan kehidupan yang lebih santai ni...Sebelum ni macam F1..payah juga nak slow down ni.....Kalau dah dekat pencen bagaimana pula rasanya????


Saturday, November 7, 2009

DETIK-DETIK KE PUNCAK.....

Mengapakah tajuk ini yang dipilih hari ini?. Pagi tadi ku telah menghantar tesis yang siap kepada Dr untuk dinilai....harap-harap Dr beri gred yang cemerlang..sekurang-kurangnya A.


Comprehensif Exam pula minggu depan...Moga dapat buat persediaan yang mantap dan berpuashati dengan usaha gigih menuju puncak kejayaan..otak ku sedang ligat berfikir apa dan bagaimana nak tulis ni.....penulisan ilmiah ke atau penulisan blog ala santai.....
Itulah penangan penyediaan tesis...penuh penghayatan. Moga keberkesanannya terserlah untuk kebaikan semua.

Thursday, October 22, 2009

CABARAN EXAM EXAM EXAM EXAM

I CAN YOU CAN WE CAN...HEEEEBAT
I CAN YOU CAN WE CAN....HEEEBAT
I CAN YOU CAN WE CAN.....HEEEBAT.

NICOL DAVID menyatakan kejayaan boleh dicapai dengan MENGURUS TEKANAN dengan bijak dan
tekanan tersebut memang amat mencabar......

I CAN YOU CAN WE CAN......HEEEBAT
I CAN YOU CAN WE CAN.......HEEEBAT
I CAN YOU CAN WE CAN.........HEEEBAT.