Tuesday, November 18, 2008

Cuti Sekolah Bermula

Cuti sekolah telah bermula...emm banyak sungguh aktiviti hendak dibuat. Kelas terakhir semester ni dah berakhir pada hari Ahad lepas. Banyak pula aktiviti dalam kelas tu.....presentation, kerja kumpulan akses internet....Kawan2 begitu bersemangat menjayakannya..nak dapat markah yang cemerlang....Hari Isnin pula pergi Raub dan singgah di KFC sebentar setelah perut terasa lapar..tak sempat bersarapan pagi..Beli Panadol setelah kepala terasa sakit..telan dengan air gas le pulak....Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah beli buah rambutan(2 kg RM5) dan dukung/langsat(1 kg RM5)..Lepas tu kami singgah di Lipur Lentang--mandi manda dicelah batu-batu--sejuk sungguh walaupun dah tengahari. Sakit kepala pun hilang....

Lagi beberapa kilometer ke Gombak, hujan renyai-renyai mengganggu perjalanan kami..tak nampak jelas jalan raya ..hanya jalur putihnya je yang kelihatan. Akhirnya, kami selamat sampai jua pada pukul 2 lebih...

Hari ni pula bawa anakku pergi potong rambut..rambutnya panjang..mungkin sebab itu dia asyik sakit kepala je...Dia asyik tanya fesyen no berapa...kat kedai tu ada gambar pelbagai stlye potongan rambut dan ada nombor dibawah setiap style potongannya.....yang pasti dia tak mahu fesyen botak Mawi lagi..nak buat style rambut 'pacak'.....Setelah selesai dia puas hati..dapat gula2 seperti biasa.

No comments: