Semalam (hari Sabtu) telah digunakan sepenuhnya untuk buat persediaan awal anak-anak untuk ke sekolah tahun depan...walaupun cuti lama lagi tetapi macam-macam perlu dibuat supaya ianya berjalan lancar..Mahal sungguh pakaian sekolah..semuanya naik harga walaupun harga minyak dah beberapa kali turun. Yang tidak puas hatinya..tag harga pakaian tu harganya RM17.90..dan masa sampai kat cashier katanya harganya ialah RM18.90. Saya tetap bertegas supaya dia ikut harga tag tu(ye le kita beli 5 helai banyak boleh 'save')...cepatnya mereka bercadang nak naik harga sehingga tag harga pun tidak sempat tukar....disebabkan hak pengguna dipertahankan dan 'orang kedai' tu terus je patuh kepada desakanku..kalu tak maupun je mengadu kat persatuan pengguna..
Hari ni pulak jahitkan butang baju sekolah agama--begitu tandanama..lencana belum beli lagi..begitu juga dengan buku tulis. Syukur le buku teks tidak perlu beli.Setakat ni je sudah berbelanja RM500.00.
Lagi satu..kereta yang dihantar ke worksyop untuk diperbaiki ekzosnya yang bocor (sebab tu bunyi macam motorboat--rugged sikit)telah mengurangkan wang didompet sebanyak RM800 lebih..Kenapa mahalnya?..Banyak lagi le penyakitnya..plug, brek dan entah apa lagi le..Setakat ni kedai worksyop selalu beri cadangan yang berpatutan..Kira okey le.. Perbaharui lesen kereta RM90 untuk 3 tahun....
Bagi orang makan gaji, perbelanjaan luar jangka ni memang meningkatkan 'pening' kepala. 10 tahun akan datang entah macamana pula ye..Jangan hanyut dah le..
No comments:
Post a Comment