Thursday, February 19, 2009

Catatan harian 2009

Bulan Feb sudah hampir ke penghujungnya...cepat sungguh masa berlalu..Pelbagai perkara telah berlaku dan syukur kepada Allah SWT dapat jua melaluinya dengan penuh keredhaan.
Menguruskan ibuku yang terpaksa masuk hospital Selayang setelah diserang strok. Mendapatkan khidmat menukar tiub makanan ...ya ibuku terpaksa minum susu melalui tiub makanan yang dipasang melalui hidungnya dan tiub itu perlu ditukar setiap dua minggu tetapi malang baru semalam sampai dirumah dari hospital pada bulan Dis 2008 tiub tu telah tercabut..ditarik oleh ibuku sendiri...kehulu kehilir mencari klinik kesihatan berdekatan..masa tu cuti krismas dan tahun baru..nurse yang mempunyai autoriti sedang bercuti...akhirnya pergi ke emergency hospital selayang...kemudian ibu mengalami batuk yang sangat luar biasa bunyinya...Kami buat keputusan mak dibawa kehospital pada 13 Jan 2009 dan ditahan dalam wad..dimasukkan antibiotik yang sangat kuat...mak hanya tidur..tidak mahu bercakap langsung..terus ditahan beberapa hari lagi kerana demam..hampir 3 minggu..Doktor cadangkan pasang Peg Tube diperut mak supaya mengelakkan jangkitan kuman di paru2..mak tidak boleh minum/makan melalui mulut..walaupun setitis air pasti ibu terbatuk-batuk...terpaksa sambung tinggal diwad untuk mengikuti operation bagi pemasangan Peg Tube pada 4 Feb 2009 ..Operation mak berjalan lancar -- darah mak jenis O+. Kesihatan mak bertambah baik selepas itu dan dibenarkan keluar setelah 28 hari tinggal di wad 9b katil 6 di hospital Selayang. Terima Kasih banyak doktor Hameed dan teamnya terutama nurse yang menjaga ibu serta Siti iaitu pembantu yang manjaga ibu.....Allah jua membalas budi baik semua...

No comments: