Wednesday, July 29, 2009

PERUBAHAN

Pengurusan perubahan - Banyak aspek berkaitannya perlu diterokai--Kehidupan dan persekitaran kita sentiasa mengalami perubahan.....tetapi soalnya bagaimana seseorang dapat menguruskannya disamping pengurusan masa, pengurusan emosi, pengurusan kewangan, pengurusan rumahtangga dan pelbgai pengurusan lagi?

Friday, July 10, 2009

MUSIM DURIAN

Tahun ni musim durian agak meriah---Gombak adalah lokasi 'transit' lori-lori yang membawa buah durian dari Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak serta mungkin dari utara Kedah...Pokok durian dikampungku turut serta memeriahkan musim durian tahun ini setelah lama menyepikan diri.

Adikku telah membawa pulang buah durian dari kampung...biasanya arwah ibu sering bercerita tentang setiap jenis durian yang dikutipnya...kini hanya tinggal kenangan...Yang kesiannya adikku terkena gigit 'scorpion' semasa sedang 'enjoy' mengutip buah durian di bawah pokoknya...Naik darah tinggi hingga 190..terkejut agaknya. Makcik Mun sempat mengirimkan tempoyak buatku..TERIMA KASIH atas ingatan tu..
Orang Perak tinggal tepi Sungai Perak---stok tempoyak mesti ade...Mungkin tahun depan boleh ambil CRK pergi tunggu durian luruh..Tahun ni agak sibuk dengan kelas..Sabtu/Ahad ada kelas..

Monday, July 6, 2009

BULAN REJAB

Masa berlalu dengan pantas...bulan Rejab dalam kalender Islam sudah lebih dari separuh sudah berlalu pergi..Apakah pengisian yang sedang kita laksanakan untuk bulan ini? Laksana???? Sudah buat perancangan????...Sememangnya aktiviti harian kita adalah berlandaskan sesuatu yang baik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Kita bekerja atau belajar atau apa jua yang aktivti-aktiviti lain dengan niat ianya dapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Tentunya bulan Rejab ini menuntut kita melakukan lebih baik lagi...Dimanakah hendak kita rujuk....sesetengah keluarga ianya sudah menjadi budaya tebal tetapi bagaimana pula kita yang mempunyai budaya nipis tentang ini...Dimanakah kita baru bermula..baru nak mula???...

Beberapa petikan dari pembacaan umum:

1. Banyakkan beristifar
2. Banyakkan Berselawat, berzikir dan berdoa
3. Puasa sunat
4. Membaca Al-Quran
5. Bersedekah
6. Memohon keampunan Allah