Friday, July 10, 2009

MUSIM DURIAN

Tahun ni musim durian agak meriah---Gombak adalah lokasi 'transit' lori-lori yang membawa buah durian dari Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak serta mungkin dari utara Kedah...Pokok durian dikampungku turut serta memeriahkan musim durian tahun ini setelah lama menyepikan diri.

Adikku telah membawa pulang buah durian dari kampung...biasanya arwah ibu sering bercerita tentang setiap jenis durian yang dikutipnya...kini hanya tinggal kenangan...Yang kesiannya adikku terkena gigit 'scorpion' semasa sedang 'enjoy' mengutip buah durian di bawah pokoknya...Naik darah tinggi hingga 190..terkejut agaknya. Makcik Mun sempat mengirimkan tempoyak buatku..TERIMA KASIH atas ingatan tu..
Orang Perak tinggal tepi Sungai Perak---stok tempoyak mesti ade...Mungkin tahun depan boleh ambil CRK pergi tunggu durian luruh..Tahun ni agak sibuk dengan kelas..Sabtu/Ahad ada kelas..

No comments: