Monday, November 19, 2012
KEPUTUSAN UPSR 2012
Kita guna mySMS 15888 le ye...bagaimana nak sms ni..kita letak kpm nama contact n no 15888 ..lepas tu kita taip no angka giliran n send to 15888. Lambat dapat balasannya..atau sama seperti tahun lepas tiada balasan langsung. Mama pergi dengan Haikal sebab abah sibuk nak mula projek tempat baru..dah agaknya..mama p siap n cari kunci kereta. Mama..etai dapat 3A 2B..cuba tengok ni sambil menunjukkan mesej yang tertera di handphone..tak payah pergi ambil slip keputusanlah mama....Kita kena pergi juga sebab slip tu untuk pendaftaran sekolah menengah nanti..sambil itu etai menanggalkan tali leher, kasut baru yg abahnya beli (kasut buruk lama sudah dibuang)..Akhir kami pergi juga ke sekolah. Semua pelajar berkumpul di laman dan ibubapa pula menunggu di kantin. Guru-guru memberikan laporan keputusan....60 pelajar dapat 5A iaitu di bawah sasaran 120 orang..Kelas Etai 6Gigih menyumbangkan 10 orang 5A. Mama..Sains dan BI susah...lain formatnya dan ianya tidak seperti tahun sebelumnya. Apasai orang lain boleh dapat A??...Tentu mereka usaha lebihkan?..Etai bukannya tidak pandai cuma perlu usaha bersungguh-sungguh dan ada bermatlamat..Lepas ni kena tukar pemikiran tu...dan buangkan rumput rampai yang menghalang pertumbuhan pokok supaya buahnya boleh dinikmati kemudian hari..Faham ke falsafah yang mama nak sampaikan ni..bla-bla..Mama..ustaz Azhar cakap..kalau nak sampaikan sesuatu kepada budak-budak hendaklah kurang dari 2 minit baru berkesan..Haaa??? tapinya kau tahu tak maksud budak-budak? Kau tu bukan budak-budak lagi..dah pandai mendengar dengan baik dan berhujah dengan mantap..budak-budak tu yang dok lari sana sini..kanak2 ribena..Lepas ni mama tak sayang Etai le ye...Siapa kata tak sayang..malah akan bertambah SAYAAAAAAANNNNNG tau. Mama akan curahkan segala kasih sayang ini ye..setiap hari sepanjang masa.........
Cuba mama tengok mesej ni...OHhh dari bg Yan..Lega dianya bang Yan tulis subjek tough dapat B. Congratulation for his great achievement dapat B dan tidak dapat C. BI dan Sains dapat B. Matematik dapat A...ada potensi yang belum digilap dalam dirimu Etai.....permulaan untuk langkah seterusnya.................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tahniah etai... Alhamdulillah...
Post a Comment