Semalam (hari Sabtu) telah digunakan sepenuhnya untuk buat persediaan awal anak-anak untuk ke sekolah tahun depan...walaupun cuti lama lagi tetapi macam-macam perlu dibuat supaya ianya berjalan lancar..Mahal sungguh pakaian sekolah..semuanya naik harga walaupun harga minyak dah beberapa kali turun. Yang tidak puas hatinya..tag harga pakaian tu harganya RM17.90..dan masa sampai kat cashier katanya harganya ialah RM18.90. Saya tetap bertegas supaya dia ikut harga tag tu(ye le kita beli 5 helai banyak boleh 'save')...cepatnya mereka bercadang nak naik harga sehingga tag harga pun tidak sempat tukar....disebabkan hak pengguna dipertahankan dan 'orang kedai' tu terus je patuh kepada desakanku..kalu tak maupun je mengadu kat persatuan pengguna..
Hari ni pulak jahitkan butang baju sekolah agama--begitu tandanama..lencana belum beli lagi..begitu juga dengan buku tulis. Syukur le buku teks tidak perlu beli.Setakat ni je sudah berbelanja RM500.00.
Lagi satu..kereta yang dihantar ke worksyop untuk diperbaiki ekzosnya yang bocor (sebab tu bunyi macam motorboat--rugged sikit)telah mengurangkan wang didompet sebanyak RM800 lebih..Kenapa mahalnya?..Banyak lagi le penyakitnya..plug, brek dan entah apa lagi le..Setakat ni kedai worksyop selalu beri cadangan yang berpatutan..Kira okey le.. Perbaharui lesen kereta RM90 untuk 3 tahun....
Bagi orang makan gaji, perbelanjaan luar jangka ni memang meningkatkan 'pening' kepala. 10 tahun akan datang entah macamana pula ye..Jangan hanyut dah le..
Sunday, November 23, 2008
Thursday, November 20, 2008
Putrajaya
Semlam kami pergi Putrajaya..cari bahan rujukan. Kami bertuah kerana diberi peluang menggunakan bahan disitu ..Terima Kasih kepada petugas disana..Lain kali kami bawa surat ye..Lepas tu sempat pula singgah di J Jusco untuk makan tengahari..Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan..Syukur kereta ku boleh bergerak dengan baik walaupun ianya telah mengeluarkan bunyi macam kereta 'sport'.
Hari ni pula terpaksa menunggu kiriman daripada pejabat peguam..macam2 borang..tak sempat le nak uruskan sebelum pukul 1..Hanya sempat pergi pejabat pos beli wang pos dan perbaharui lesen kereta . Singgah sekolah kejap tetapi hanya sempat uruskan kedai koperasi..pejabat sekolah tutup-lunch hour...Lepas tu bergegas pulang kerana kelaparan. Sempat jumpa kawan-kawan yang menunggu in / bertugas (anak-anak pelajar ambil exam STPM dan SPM). Dalam masa yang sama juga kelihatan pekerja kantin (tokehnya telah bertahun-tahun disini)sedang berkemas untuk memulakan tugas ditempat baru(?) dan ada kenduri di Penang...Kesian pelajar-pelajar tu..nak makan kat mana le pulak-exam lambatlagi nak habis ..Tadi guru pengawas SPM tu juga tidak dapat beli makanan/air..

Tuesday, November 18, 2008
Cuti Sekolah Bermula
Cuti sekolah telah bermula...emm banyak sungguh aktiviti hendak dibuat. Kelas terakhir semester ni dah berakhir pada hari Ahad lepas. Banyak pula aktiviti dalam kelas tu.....presentation, kerja kumpulan akses internet....Kawan2 begitu bersemangat menjayakannya..nak dapat markah yang cemerlang....Hari Isnin pula pergi Raub dan singgah di KFC sebentar setelah perut terasa lapar..tak sempat bersarapan pagi..Beli Panadol setelah kepala terasa sakit..telan dengan air gas le pulak....Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah beli buah rambutan(2 kg RM5) dan dukung/langsat(1 kg RM5)..Lepas tu kami singgah di Lipur Lentang--mandi manda dicelah batu-batu--sejuk sungguh walaupun dah tengahari. Sakit kepala pun hilang....
Lagi beberapa kilometer ke Gombak, hujan renyai-renyai mengganggu perjalanan kami..tak nampak jelas jalan raya ..hanya jalur putihnya je yang kelihatan. Akhirnya, kami selamat sampai jua pada pukul 2 lebih...
Hari ni pula bawa anakku pergi potong rambut..rambutnya panjang..mungkin sebab itu dia asyik sakit kepala je...Dia asyik tanya fesyen no berapa...kat kedai tu ada gambar pelbagai stlye potongan rambut dan ada nombor dibawah setiap style potongannya.....yang pasti dia tak mahu fesyen botak Mawi lagi..nak buat style rambut 'pacak'.....Setelah selesai dia puas hati..dapat gula2 seperti biasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)