Sunday, December 28, 2008

Emmm dah lama tidak menjengah kesini....sibuk mengurus ibuku yang dimasukkan ke wad Hospital Selayang pada malam Isnin Hari Raya Haji--8.12.2008. Pagi Isnin selepas solat Hari Raya Haji, saya dan suami bawa ibuku ke hospital selayang--kecemasan. Doktor bertugas hanya seorang dan dapat datang hanya selepas pukul 7.00 malam setelah dia pergi jumpa pesakit lain yang ada dihospital tu...Selepas zohor tu.makcik yang sedang menunggu suaminya yang dirawat patah tulang semasa majlis korban meminta ku memberitahu ahli keluarga yang lain..agaknya dia kesian tengok keadaan ibu dan diriku seorang disitu yang sedang menunggu doktor. Ku menelefon abangku dan dia datang ke hospital selepas solat zohor...Darah tinggi ibu sangat tinggi mencecah kira-kira 185/150++...dan dapatan awal gulukosnya rendah 2.5 tetapi apabila diambil semula pukul 3 tu didapati gukosnya ok..9..Tapi ibu kelihatan sungguh lemah...x ray juga dibuat pada pangkal pehanya sebab dia mengadu sakit di bahagian itu. Lebih kurang pukul 10.00 baru doktor confirmed perlu masuk wad dan ibu disahkan strok bahagian kiri--kaki dan tangan kirinya....Doktor di wad mengambil keputusan memberikan ubat darah tinggi tambahan dan dos yang lebih tinggi serta ibuku kena makan susu melalui tiub yang dipasang dilubang hidungnya...Banyak cabaran yang terpaksa ibuku lalui..Moga ianya menghapuskan dosa2 lalu...
Malam tu abangku memberitahu adik-beradik yang berada di KL..dan ia menemaniku sehingga pukul 11.00 malam...Mulanya ku ingin pulang kerana kepenatan dan tidak makan sejak pagi tadi..tetapi melihatkkan keadaan ibu yang lemah dan memerlukan ku berada disisinya ku membuat keputusan untuk tidur dihospital malam tu.

No comments: